Sejarah

Pertanyaan

Apa ciri ciri demokrasi yang diamalkan di malaysia

1 Jawaban

  • Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
    Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
    Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
    Sistem Raja Berperlembagaan, merupakan pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
    Sementara sistem Republik menolak institusi beraja. Kerajaan ini diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.


    Perlembagaan
    Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara.
    Perlembagaan rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

    Raja Berperlembagaan
    Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut pembentukan dalam perlembagaan malaysia. YDPA bertindak berdasarkan Perlembagan Malaysia.

    Parlimen
    • Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

    • Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

    Pilihan Raya
    Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat unuk memerintah samada pada peringkat negeri mahupun persekutuan . Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.


    Kuasa Pemerintahan
    Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerinahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaiu badan perundangan ,badan pelaksana dan badan kehakiman

    Parti parti politik
    Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai malamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang unTuk mendapatkan kuasa

    Kebebasan Asasi
    Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat.Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang tidak bersyarat.Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu

Pertanyaan Lainnya